Showing posts with label sweet. Show all posts
Hari-hari "hari Ibu" :)
Sunday, May 8, 2011
Happy Mother's day to all moms in the world :)
Semalam bunda pun dapat hadiah sempena 'mother's day'.. Happy dapat gift dari anak2 tercinta, meskipun tau hadiah itu sebenarnya datang dari ayah addim n dinda hehehe
Apa2pun bunda ucapkan banyak2 terima kasih to u Ayah, Addim n Dinda.. you all are my back bone.. bukan hadiah yang bunda sangat harapkan, tapi kasih sayang kalian yang bunda perlukan.. bagaikan nafas dalam hidup bunda.. really2 need that love love love mwaahhh :*
TAPI kan.. sebenarnya semalam, ada lagi hadiah yang bunda rasakan sangat2 special buat bunda.. Alkisah semalam masa dalam perjalanan nak pergi dinner @wangsawalk, bunda yg tengah ala2 moody+migrain tetiba rasa sungguh terharu saat naddim nyanyi lagu ibu dengan pelat2 bahasa budak umur 4thn.. sangat rasa terharu sebab tahun lalu bunda yg ajar naddim nyanyikan lagu tu.. but tahun ni dia nyanyi sendiri tanpa di minta.. terlihat ketulusan dan keikhlasannya menyanyikan lagu tu sambil senyum2 sengih2 tanpa dosa..
"Ibu.. ibu.. engkaulah ratu hati ku..
Bila ku berduka.. engkau hiburkan selalu.."
-Naddim
Thank you so much son.. Bunda really love u n adik oya.. Mwahhh
semoga bunda akan rasakan kehangatan kasih sayang kalian sampai bila-bila.. InsyaAllah Amin

ni pulak bunda with mama bunda.. bunda love her.. addim n dinda pun cayaaangggg nenek
"Nek.. bila nak datang sini.. boleh kita celebrate mom's day sama2 :) Addim n dinda rindu nenek!" huhuhu miss u ma.. all the best for u.. dunia akhirat InsyaAllah :*

***
Posted in scraps world, special day, sweet by ::M e L L a:: | 2 comments
1 hari jalan..Letih, tapi berbaloi!!!
Friday, January 8, 2010
Semalam pagi2 kami dah keluar rumah menuju Imigresen Damansara Kuala Lumpur. Tujuannya : -Buat passport untuk my girl, -Tukar foto dipassport my boy [passport naddim skrg guna foto dia masa umur 4 bln, so skrg kena tukar mengikut wajah semasanya :D ], dan urusan yang paling penting sekali -renew my visa :)..Alhamdulillah semua urusan selesai sebelum tengah hari berkat jasa baik kawan2 hubby yg kerja disana.. tak perlu beratur panjang,, yang penting semua persyaratan cukup!!

Settle ketiga2 urusan tu kitorang pun pegi lunch.. @san francisco midvalley.. makan kat sini masa lunch time dapat murah,, amik set lunch hour.. harga lebih kurang gi pizzahut jehh.. :)


Alhamdulilah dapat settlekan 3 urusan dalam 1 hari.. memang berbaloi!!! :)
Posted in makan-makan, sweet by ::M e L L a:: | 3 comments
Aktiviti Hari Ahad 03/01
Tuesday, January 5, 2010
Kemanakah Naddim & Naura menghabiskan waktu luang dihari Minggu awal tahun 2010 yang lalu??

Haaa ni dia.. sg. Janda baik Bentong, Pahang.. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1jam setengah saja,, bertolak pagi, singgah sarapan kat genting sempah.. sempat sesat jap [hubby terlupa jalan].. dan sayangnya air sungai yg bersih sedikit berubah warna sebab baru jeh lepas hujan pagi tu.. Tapi yang penting Naddim happy mandi sungai dengan atuk!! and relax2 sampai petang.. :)
Posted in sweet by ::M e L L a:: | 8 comments
My kiDs My ♥
Wednesday, December 23, 2009
::NaDDim::
Ni cerita tentang Naddim yang suka sangat makan coklat especially 'milo'. Tapi dia makan milo bukan campur ngan air, makan camtu jeh.. (Teringat dulu bunda masa kecik2 pun buat hal yang sama ☻)
Ni cerita tentang Naddim yang suka sangat makan coklat especially 'milo'. Tapi dia makan milo bukan campur ngan air, makan camtu jeh.. (Teringat dulu bunda masa kecik2 pun buat hal yang sama ☻)

Selalunya klu naddim mamam milo bunda terpaksa suh dia duduk kat bawah (kalau kat meja makan nnt abis lah bersepah2 lepastu berduyun2 ler semut berdatangan makan milo gak hoho.. ) so, untuk lebih selamat bunda akan suruh dia duduk beralaskan surat kabar haha!!
kat situ dia blh makan sepuas-puasnya nak tumpah2 pun tak kisah.. kan naddim?!?! haha)
kat situ dia blh makan sepuas-puasnya nak tumpah2 pun tak kisah.. kan naddim?!?! haha)

::NauRaDinda::
Hari Isnin lepas 21/12, ayah amik MC sebab nak bawak dinda amik '5in1' injection (umur 2bulan). Slalunya lepas dapat injection ni baby akan demam, tapi Alhamdulillah sampai saat ni dinda tak de demam lagi.. Tapi bunda dah getready simpan ubat demam n cool fever untuk dinda..
Nak citer sikit masa inject hari tu,, masa tunggu nak inject dinda tidur baik jer.. sampai lah masa paha nak kena cucuk bunda terpaksa kejut dia.. Ingatkan lepas kena inject dia akan nangis sekuat2nya,, tapi yg ada sebaliknya dia cuma besarkan mata tanda terkejut!! sakit kot?!.. then dia sambung tido balik.. haha.. Tengoklah muka dia sebelum n selepas kena cucuk, takde beza pun.. Gud gal DinDa,, muah muahh!!

::AyaH::
Lepas inject dinda, ayah pulak yang pergi jumpa dokter dihari yang sama. Sebenarnya ayah dah dua hari kena panas dalam. Masa panas dalamnya dah ok, ulser pulak hadir di lidahnya.. uuurrghh pasti pedih kan ayah???!! cian ayah.Dokter bagi ayah ubat kumur2, antibiotik, tahan sakit n redakan bengkak kat tekak. Sampai ke saat bunda menulis entri ni, ulser ayah masih belum ok lagi n tetap pergi kerja seperti biasa. hmm cian ayah!! get well soon dear ♥ :(..
Ada nampak muka senyum kesakitan ayah tak??!! ni snap mase ayah baru jer kuar dr klinik ☻
Posted in ayah, Naddim, nauRadinda, sweet by ::M e L L a:: | 3 comments
::bro & sis forever...
Tuesday, December 1, 2009
kebahagianku bertambah lengkap sejak kehadiran putri kecilku.. namun seiring kebahagiaan yg bertambah tentu tugas dan tanggung jawabpun juga bertambah,, kalau selama 2,5 tahun ini yg ku jaga dan kusayang cuma Naddim + Ayah tentunya.. kini sudah tambah lagi seorang..
My NauRaDinDaTapi Alhamdulillah hubby ku seorang yg boleh berbagi tugas dalam rumah,cukup perhatian, dan banyak menolong menjaga dan melayan kerenah buah hati kami.. singkat kata 'he's a family man' thanks dear!! ^,^
Hmm.. memang penat menjaga dua anak. Mungkin menjaga si kecil nauraDinDa tidaklah begitu mencabar, karna dia masih baby,, lagipun aku sdh ada pengalaman menjaga naddim sewaktu bayi dulu,, lain halnya dengan menjaga naddim si abang,, kini dia bukan hanya perlu jagaan saja tapi sudah mulai perlu didikan,, biasalah kanak2 usia dua setengah tahun sepertinya memang lasak, sometime notti, kalau tak sepahkan rumah sehari tak sah! huhu itulah kanak2 dah memang dunia mereka saat ini dunia bermain.. bagiku ini satu pengalaman, walaupun penat kadang sampai meruntun emosi tapi ku hargai setiap moment yg kulalui ini.. karna ku sadar saat2 seperti ni tidak akan berulang.. melihat mereka membesar didepan mata merupakan satu anugerah dan kepuasan buat ku... :)
bak kata ibuku "Mengurus anak dan keluarga adalah satu ibadah, jika kita ikhlas melakukannya pasti akan ada pahala dari-Nya.."
::Bro n' Sis ForEver::
~bunDa Mella~
Posted in Naddim, nauRadinda, sweet by ::M e L L a:: | 7 comments
Coming soon Baby!! ::30 weeks & 1 day pregnant::
Friday, August 14, 2009
Posted in sweet by ::M e L L a:: | 11 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)


